IKATAN KIMIA
Ikatan kimia terbentuk akibat pelepasan atau penerimaan atom atau elektron. Tujuan ikatan kimia terbentuk adalah untuk mencapai kestabilan sesuatu unsur.
Kestabilan sesuatu unsur boleh juga dikenali sebagai OKTET. Sesuatu unsur mencapai nilai oktet apabila bilangan elektron pada petala luarnya ialah 8 atau 2 (bagi unsur Helium sahaja)
Contoh:
i) Neon ii) Oksigen iii) Helium
No Proton: 10 No Proton: 6 No Proton: 2
Konfigurasi elektron: 2.8 (oktet) Konfigurasi elektron: 2.6 (tidak oktet) Konfigurasi: 2 (oktet)
Ikatan Kimia terbahagi kepada 2 iaitu:
1) Ikatan Kovalen
2) Ikatan Ionik
1) Ikatan Kovalen
- Merupakan ikatan yang berkongsi elektron dengan unsur lain untuk mencapai nilai oktet.
- Ikatan ini terjadi antara unsur bukan logam dalam jadual berkala
Contoh: NH3
Elektron konfigurasi NH3;
N+ : 2.5
H-: 1
N+ memerlukan 3 elektron untuk mencapai keseimbangan manakala H- memerlukan 1 elektron untuk mencapai oktet. Kedua-dua unsur saling berkongsi elektron.
2) Ikatan Ionik
Perpindahan elektron dari satu unsur kepada unsur yang lain. Ikatan terjadi antara logam dengan bukan logam.
Contoh: NaCl
Na+ = 11 ; 2.8.1
Cl- = 17 ; 2.8.7
Na+ memberi 1 elektron kepada Cl- untuk menjadikannya dalam keadaan oktet/ stabil.